Stay connected with the latest developments at Yayasan Sime Darby. Learn about the initiatives we are taking in our community and beyond.




Layar Liar, sebuah siri dokumentari mikro dalam Bahasa Malaysia yang memaparkan hidupan liar Malaysia, landskap semula jadi, serta hero konservasi yang berusaha tanpa mengenal penat lelah untuk melindunginya, terus menginspirasikan penonton di seluruh negara.
Siri ini berperanan sebagai platform pendidikan yang mudah diakses, menyediakan maklumat dan bahan bantu mengajar secara percuma kepada semua rakyat Malaysia—terutamanya pelajar sekolah—bagi memupuk kesedaran dan penghargaan terhadap kekayaan khazanah alam semula jadi negara.
Musim pertama menampilkan 52 episod yang memukau, manakala musim kedua memperkenalkan 20 kisah baharu yang boleh ditonton di YouTube, Facebook dan TikTok. Dilancarkan pada Julai 2021, musim kedua telah mencapai penghujungnya pada Mei 2025.
Sehingga kini, Layar Liar telah meraih hampir 10 juta tontonan di semua platform media sosialnya, membuktikan minat yang semakin meningkat dalam kalangan rakyat terhadap kepelbagaian biologi unik Malaysia dan keperluan untuk memeliharanya.
Lanjutan dari siri ini, program kesedaran alam sekitar Jelajah Layar Liar dilancarkan untuk membawa siri ini kepada pelajar di kawasan pedalaman. Program ini bermula pada Ogos 2024 dan berakhir pada April 2025. Seramai 12,368 orang pelajar dan 586 orang guru dari 78 buah sekolah rendah terpilih dari Semenanjung Malaysia terlibat dengan program-program ini.
Majlis penutup program dianjurkan oleh pihak Nuvista Media bersama dengan Yayasan Sime Darby di Sekolah Kebangsaan RPS Banun, Gerik, Perak pada 21 Ogos 2025.
Majlis dirasmikan oleh Timbalan PPD Sektor Pembelajaran, Encik Nasaruddin bin Zakaria, dan dihadiri oleh Ketua Pengarah Urusan Yayasan Sime Darby, Dr Hajah Yatela Zainal Abidin, pengarah Jabatan PERHILITAN Perak, Tuan Haji Yusoff Shariff, dan Encik Mohd Najib bin Yahaya, Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Perak.
Pihak Nuvista Media bersama dengan Yayasan Sime Darby dan Jabatan PERHILITAN juga akan menderma 14,000 buah Buku Aktiviti Hidupan Liar Malaysia kepada 60 buah sekolah rendah dari daerah Hulu Perak dan Kuala Kangsar.