Media

Yayasan Sime Darby Honours Mandate for National Wellbeing and Development



Yayasan Sime Darby (YSD) is honoured to be entrusted with the mandate from the Ministry of Finance (MOF) under Belanjawan 2025. This financial commitment reinforces our efforts to advance community development, educational opportunities, environment and climate initiatives, and arts and culture across Malaysia.

Our strategic support will continue to empower local communities by enhancing leadership capabilities of residents' associations under the People's Housing Programme through collaborations with NGOs and relevant government agencies to facilitate wellbeing and development at the grassroots level, with good governance.

Addressing key social challenges such as teenage pregnancy and early intervention for autism are a priority for YSD this year. We are dedicated to increasing awareness and expanding support mechanisms within underserved communities, ensuring that every individual has the opportunity to contribute to and benefit from Malaysia's economic outgrowth.

YSD perseveres in our commitment to fostering a more resilient Malaysia which is consistent with the MADANI principles of humanity, inclusivity, and sustainability.

We extend our heartfelt thanks to MOF and Prime Minister Dato' Seri Anwar Ibrahim for their trust and support. This partnership will enable us to further our work for the wellbeing of the people. Working closely with donor companies—Sime Darby Berhad, SD Guthrie Berhad, and Sime Darby Property Berhad—as well as the GLC/GLIC network, NGOs, civil society organisations, social enterprises, and government agencies, YSD stands ready to catalyse community networks and contribute to the holistic development of our nation.


Yayasan Sime Darby Menyambut Baik Amanah untuk Kesejahteraan dan Pembangunan Negara


Yayasan Sime Darby (YSD) menyambut baik amanah yang diberi oleh Kementerian Kewangan Malaysa (MOF) di bawah Belanjawan 2025. Komitmen kewangan ini akan membantu usaha kami dalam membina komuniti, menutup jurang pendidikan, serta memajukan inisiatif alam sekitar dan iklim, di samping menyokong sektor seni dan budaya di Malaysia.

Melalui latihan kepimpinan bagi meningkatkan kapasiti persatuan penduduk di bawah Program Perumahan Rakyat, kami akan berkerjasama dengan NGO dan agensi kerajaan yang berkaitan untuk memberdayakan komuniti setempat. Usaha memperkukuh tadbir urus yang berkesan ini bertujuan untuk membina kemandirian dan ketahanan masyarakat di peringkat akar umbi.

Tahun ini, cabaran sosial penting seperti kehamilan remaja dan intervensi awal autisme menjadi fokus utama bagi YSD. Kami berazam untuk mempertingkatkan kesedaran dan memperluas sokongan di kalangan komuniti terpinggir untuk memastikan setiap individu mendapat peluang untuk menyumbang dan menerima manfaat dari kemajuan ekonomi negara.

Kami terus beriltizam dalam usaha kami untuk membina Malaysia yang lebih kukuh, selaras dengan prinsip MADANI yang merangkumi aspek kemanusiaan, keterangkuman, dan kemampanan.

Kami bersyukur dan berterima kasih kepada MOF dan Perdana Menteri Dato' Seri Anwar Ibrahim atas kepercayaan yang diberikan. Dengan kerjasama erat bersama syarikat-syarikat penderma YSD—Sime Darby Berhad, SD Guthrie Berhad, dan Sime Darby Property Berhad—serta rangkaian GLC/GLIC, NGO, organisasi masyarakat sivil, perusahaan sosial, dan agensi kerajaan, kami bersedia untuk memupuk jaringan komuniti demi pembangunan menyeluruh Malaysia.



View Sitemap
© Copyright 2025 Yayasan Sime Darby 198201006191 (85945-W). All Rights Reserved.
Last Updated:
07 Apr 2025
Ooops!
Generic Popup2