Discover the Latest from YSD
Stay connected with the latest developments at Yayasan Sime Darby. Learn about the initiatives we are taking in our community and beyond.
Yayasan Sime Darby & Exco Majlis Aids Malaysia Majlis Perasmian Forum Intervarsiti
Community & Health
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
- Saya benar-benar berbesar hati dapat bersama-sama anda semua pada pagi yang bermakna ini — bersama adik-adik dan anak-anak muda yang bakal mewarisi kepimpinan negara suatu hari nanti.
- Terima kasih kepada Majlis AIDS Malaysia dan Yayasan AIDS Malaysia kerana menjemput Yayasan Sime Darby untuk turut serta dalam inisiatif yang begitu bermakna ini.
- Sebagai rakan strategik MAC dan MAF, sambutan Hari AIDS Sedunia bukan lagi sesuatu yang asing bagi YSD. Sejak lebih sedekad, penghujung tahun kami sentiasa diwarnai dengan program dan inisiatif berkaitan Hari AIDS Sedunia — sebagai tanda komitmen kami terhadap usaha Mengakhiri AIDS menjelang 2030.
- Namun, tahun ini terasa benar-benar istimewa. YSD amat menghargai usaha untuk membina kepimpinan pelajar dan memupuk empati terhadap isu-isu sosial seperti HIV dan AIDS.
- Secara peribadi, saya juga menyambut hari ini sebagai momen istimewa, kerana saya hadir dengan dua amanah — sebagai CEO Yayasan Sime Darby dan sebagai Ahli EXCO Majlis AIDS Malaysia — dua organisasi yang amat dekat di hati saya.
Anak-anak dan adik-adik sekalian,
- YSD percaya bahawa golongan muda, khususnya mahasiswa universiti dan IPT, perlu diberikan ruang untuk menyuarakan pandangan dan menjadi sebahagian daripada solusi isu-isu penting negara — termasuk isu HIV/AIDS, yang selepas lebih 30 tahun masih terus menjadi medan pertembungan pandangan, nilai, dan pendekatan.
- Tidak seperti penyakit lain, HIV/AIDS menyentuh pelbagai dimensi: kesihatan awam, agama, kemanusiaan, keadilan sosial, dan pendekatan pengurangan kemudaratan.
- Perbezaan pandangan ini bukanlah sesuatu yang perlu memecah-belahkan kita; sebaliknya, ia wajar menjadi pemangkin kepada solusi yang lebih seimbang dan memberi kebaikan kepada semua.
- Kerana itulah saya amat menyambut baik penganjuran Forum Intervarsiti ini, yang selari dengan tradisi ilmu Islam yang agung — munāzarah — iaitu perbahasan secara beradab, berilmu dan berakhlak, bertujuan mencari kebenaran dan membina pemahaman, bukan bermusuhan.
- Penglibatan YSD dalam program Intervarsiti ini adalah kesinambungan komitmen kami dalam menyokong KAMI — Kelab Kesihatan Anak Muda IPT.
- KAMI merupakan sebuah inisiatif advokasi yang digerakkan oleh mahasiswa untuk mentransformasikan pendekatan intervensi HIV/AIDS bagi golongan muda, melalui kepimpinan dan suara pelajar sendiri.
Hadirin yang dikasihi,
- Hari ini juga, Yayasan Sime Darby berasa amat bangga memperkenalkan KOMITED Malaysia, di bawah pimpinan aktivis tersohor Encik Khalid Hashim.
- Melalui sesi dialog bersama para pemimpin pelajar, anda akan melihat sendiri kisah ketabahan komuniti bekas pengguna dadah dan mereka yang terkesan dengan HIV — insan-insan yang pernah melalui kegelapan, namun bangkit semula dengan kekuatan baharu untuk membina kehidupan yang lebih bermakna.
- Perjuangan mereka selari dengan misi Yayasan Sime Darby — mengangkat martabat komuniti melalui sokongan kepada inisiatif mampan, memperjuangkan hak yang saksama, dan mempromosikan kesihatan yang lebih baik. Kerana kami percaya, setiap insan — tanpa kecuali — berhak menikmati masa depan yang lebih cerah.
- Kisah-kisah ketabahan inilah yang harus menjadi inspirasi kepada anda semua. Jangan pernah berputus asa walaupun berdepan cabaran — sama ada dalam pembelajaran mahupun dunia kerjaya kelak. Teruskan melangkah, teruskan berusaha, dan yakinlah bahawa setiap jatuh dan bangun itu membentuk kekuatan diri anda.
Terima kasih.